Monday, May 14, 2012

jap..jap..nk masukkan gak


bes,kan bes,kan..besssss sgt..muah muah muahhh
lama nyerrrr laa..since 9, 10, 11, 12, 1, 2, 3, 4...ni 5 daa..nothing to share, just keeeeeep quiet without reason. pemalas ke kak? haah..malas nk open pc, kan mobile blog update da ade..pun malas gak..dasat betul thp cipan..tp mmg xde yang bole diolah kat sini, nothing special..nnt2 la, esok yer

Sunday, September 4, 2011

Syawal 2011..

abis da cuti raya..sekejap benar masa blalu, tiap detik tak terasa langsung..:)
Giliran kuantan, hanya dirumah tanpa ziarah kecuali mak saudara di Pekan. Kasihan anak2..seawal 7:15, da siap berbaju melayu dan kurung hijau muda, tp hanya mmandang kosong di halaman rumah..suasana sini ...hmm mcmane nk kata? Tiada orang langsung yg lalu..
Di Melaka saja yang sibuk sedikit..suasana kg ade terasa juga la, smpt ziarah 6-7 keluarga tua, tp hanya sehari..hmm, ape leh buat, da lama di Kuantan since Ahad. Byk yg dibualkan, dan byk juga kami bsedekah..;)).
Ade suka ade duka tp yg nyata syukur Alhamdulillah, byk yg buat aku tersenyum dan bahagia wlpn raya tahun uni terlalu sederhana.
Allah izinkan aku bahagia..:))


- Posted using BlogPress from my iPhone4

Location:TPJ,Kuala Lumpur,Malaysia

Tuesday, May 3, 2011

Trust Nomination

Did you..?

How does Public Mutual Trust Nomination work?
Public Mutual Trust Nomination Service is a declaration of Trust by a Unitholder/Settlor on his/her unit trust investments which is to be distributed to the named beneficiaries upon the Unitholder/Settlor's demise. The Unitholder/Settlor declares himself/herself as Main Trustee for the beneficiaries and upon his/her demise, PB Trustee Services Berhad (PBTSB) assumes the role of Substitute Trustee to carry out the distribution instruction of the Trust Fund.

Benefits Of Trust Nomination
  • Minimum legal formalities and fast distribution of your investments to the beneficiaries without having to go through the lengthy process of Probate or Letter of Administration.
  • You can name up to 5 beneficiaries for your unit trust investments.
  • Ensure your hard earned investments are passed on to your loved ones.

How do I make a nomination?
Submit completed Trust Nomination Service Application Form with photocopies of Unitholder/Settlor's NRIC and beneficiary's NRIC/Birth Certificate together with the bank-in-slip for payment into PB Trustee Services Berhad's PBB Account No. 3090-33-6027.

Trust Nomination set up fees RM80.00 (per Trust Nomination) + Stamp Duty RM10.00 (payable to PB Trustee Services Berhad). Hence, the total is RM90.00.

About PB Trustee Services Berhad
PB Trustee Services Berhad (PBTSB) is registered as a Trust Company and incorporated on 24 August 1968. It is a member of the Public Bank Group and provides a wide range of Trust Services for Corporate as well as Retail clients. PBTSB is fully committed to providing professional and competent Trustee services to all its Clients.

Please contact us for more information
For further information, please contact your Servicing Unit Trust Consultant.

By:
Norreha Abu Said
UTC P.Mutual


Source: Publicmutual.com

Friday, February 18, 2011

Yang mane harus didahulukan

Buntu!
Ikutkan kata dia, si anak teraniaya, ikutkan anak, kita dimusuhinya..Hmmmm.. yang mana harus dipilih..my heart n soul "TIRED" with all tis mess


- Posted using BlogPress from my iPhone4

Location:KL

Friday, January 21, 2011

Kenapa Perlu Menyimpan


YANG MANAKAH SIKAP KITA DIDALAM MENYIMPAN?
BELANJA DULU SIMPAN KEMUDIAN
ATAU
SIMPAN DULU BELANJA KEMUDIAN
 
Setiap orang mempunyai matlamat penting ingin mencapai kebebasan kewangan yang lebih awal.
1) Susut Nilai
- Sedarkah kita bahawa wang kita semakin susut nilai setiap hari/bulan/tahun ?
- Samakah nilai RM50 sekarang jika dibandingkan dengan 2 tahun yg lepas ?
- Agaknya berapa nilai RM50 bila 10 tahun akan datang atau bila bersara nanti ?
- Harga barangan yg sentiasa naik menyebabkan nilai wang kita semakin susut setiap tahun.
- Keperluan keluarga menyebabkan kita memerlukan wang setiap masa.



2) Banyak cara untuk menyimpan; Saving Acct Bank, Fixed Deposit Bank, ASN, ASB, Unit Amanah, dalam almari, dll.




“Pelaburan yang bijak boleh menjadikan anda sangat kaya sekiranya anda tidak tergesa-gesa.” – Warren Buffet

MENYIMPAN MELALUI UNIT AMANAH.
1.       Apakah Unit Amanah ?
Ianya adalah satu jenis skim pelaburan kolektif yang membolehkan para pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan wang bersama-sama bagi dilabur oleh pengurus dana professional dalam satu portfolio sekuriti.
Konsepnya sama seperti ASN dimana wang di labur  ke atas harga unit yg dibeli. Ada dividen, ada penurunan & ada kenaikan harga. Namun risiko yang rendah.
2.       Kenapa Unit Amanah ?
Unit Amanah sebenarnya memberikan pulangan yang lebih berbanding simpanan yang lain. Jika dilihat di dalam propektus, ianya boleh mencecah > 15 % untuk jangka waktu tertentu.
-          Kepelbagaian pelaburan bagi minimumkan risiko
-          Pertumbuhan modal sebagai pulangan pelaburan
-          Pendedahan pelaburan kelas2kelas asset
-          Membenarkan membeli dan menjual pelaburan dengan senang dalam tempoh yang  
           pendek.
-          Hanya RM1000 sebagai pemulaan
-          Dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti
-          Member peluang melabur semula pendapatan utk mengumpul kekayaan
3.       Simpanan Melalui Unit Amanah
Ada 2 cara :
A.    Tunai (Cash) - Wang akan di laburkan dalam Unit Amanah
       ·         Keuntungan yg tinggi berbanding dividen simpanan lain
Kebaikan :
i)    Wang tunai akan sentiasa bertambah
Keburukan :
i)    Jika menyimpan untuk short term, target sukar untuk dicapai
ii)   Sesetengah orang tidak mampu untuk menyimpan secara tunai setiap bulan, setiap 3 bulan atau setiap tahun.

B.   Melalui pengeluaran KWSP (KWSP) – Pelaburan diurusniagakan terus dari Akaun 1  KWSP anda.
       ·    Dividen KWSP yg hanya sekitar 4%~5% setiap tahun tidak boleh mengatasi keuntungan Unit Amanah 10%~20%
Kebaikan :
i.    Tidak melibatkan wang tunai kerana wang tunai selalunya diperlukan untuk urusan seharian.
ii.   Mampu untuk semua penyimpan (tertakluk kepada jadual KWSP)
iii.  Melaburkan wang KWSP anda dalam produk unit amanah memberikan anda peluang memperolehi potensi pulangan yang lebih tinggi (pada tahap risiko yang boleh di terima) dalam jangka masa panjang; justeru memberikan anda potensi mengumpulkan dana yang lebih banyak untuk tujuan persaraan.

4.       Apa yg berlaku jika mencecah target 10%~20%
 Wang akan di masukkan semula ke KWSP sekiranya anda menjual semula ke  Unit  Amanah. Jumlah didalam akaun KWSP anda akan bertambah dengan pertambahan dividen tadi.
5.       Berapa banyak wang KWSP dikeluarkan ?
Hanya sejumlah tertentu dimana skim ini membenarkan ahli-ahli KWSP untuk melabur 20% sahaja daripada baki yang melebihi simpanan asas yang diperlukan dalam Akaun 1.
*Sebenarnya anda akan mendapat 2 keuntungan setahun ; dari dividen KWSP dan keuntungan Unit Amanah. Total = duit KWSP bertambah.
Anda hanya boleh dibenarkan menambah pengeluaran berkala setiap 3 bulan selepas pengeluaran pertama, dengan syarat anda layak dibawah skim ini.


6.       Berapakah charge yg dikenakan ?
Setiap pengeluaran KWSP dikenakan charge 3%. Charge ditolak dari KWSP.
Contoh :
Pengeluaran RM10,000.00
RM10,000 – (10,000/(1+3%)) = RM291.26, pelaburan ke Unit Amanah RM9708.74
7.       Adakah agen akan mengambil duit KWSP anda ?
Tidak.  Agen tidak akan dapat sama sekali duit KWSP kerana pelaburan diurusniagakan terus dari Akaun 1 KWSP anda. Hanya beberapa dokumen perlu di isi, tandatangan & cap jari untuk keselamatan.
8.       Adakah ianya selamat ?
Ya kerana dikawalselia  oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan para pelabur.
Segala pelaburan akan dinasihati oleh perunding Unit Amanah supaya pelaburan dilakukan keatas dana dijangka membuat keuntungan.


By:
Norreha Abu Said
Unit Trust Consultant
019-3149737

Source: PM

Wednesday, December 22, 2010

Noktah Cinta

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya


Tuesday, December 21, 2010

TANDA-TANDA ORANG BERAKAL!

  • Memiliki pengetahuan yang luas terhadap hal-hal yang boleh menyakiti atau menyenangkan orang lain
  • Selalu muhasabah diri
  • Sentiasa berdialog atau bercakap dengan diri sendiri..jangan anggap cakap sorang diri tu selalu gila yer..kecuali memang GILA la
  • Selalu motivasikan diri sendiri iaitu berfikiran positif ke arah matlamat hidup
  • Mengingati kekurangan dan kelemahan diri..bukan menganggap diri lemah tetap mengingati supaya beringat akan peningkatan yang lebih baik
  • Tidak akan mudah berduka cita lantaran ada cita-citanya di dunia tidak kesampaian atau nikmat tidak sampai kepadanya.
  • Enggan menjauhi orang lain yang berakal
  • Merindui tiga perkara iaitu menyiapkan bekal untuk pulang, mencari kenikmati untuk jiwanya dan menyelidik makna hidupnya.
sumber: bacaan I luv Islam

Saturday, December 18, 2010

SEKS Kuatkan Sistem Imune

Selain daripada memenuhi keperluan batin dan memuaskan nafsu, seks mempunyai banyak kelebihan untuk lelaki dalam kehidupan seharian. Seks dapat menguatkan sistem ketahanan tubuh badan dengan meningkatkan pengeluaran sel darah putih yang akan menentang kesakitan dan penyakit. Selain itu, dapat memperbaiki tubuh badan melalui regangan dan pergerakan. Ia berkesan terutamanya pada otot perut, paha dan punggung. Seks juga dapat membuat wajah berseri-seri di mana kehidupan seks yang hebat akan menjadikan kulit lebih cantik berbanding menggunakan sebarang losen atau ubat! Jadi sama-samalah fikir untuk kesihatan asalkan ianya sihat dan halal ye... hehe


- Posted using BlogPress from my iPhone
Location:KL

Tuesday, December 7, 2010

Map

free counters

Nuffnang Ads