Friday, January 21, 2011

Kenapa Perlu Menyimpan


YANG MANAKAH SIKAP KITA DIDALAM MENYIMPAN?
BELANJA DULU SIMPAN KEMUDIAN
ATAU
SIMPAN DULU BELANJA KEMUDIAN
 
Setiap orang mempunyai matlamat penting ingin mencapai kebebasan kewangan yang lebih awal.
1) Susut Nilai
- Sedarkah kita bahawa wang kita semakin susut nilai setiap hari/bulan/tahun ?
- Samakah nilai RM50 sekarang jika dibandingkan dengan 2 tahun yg lepas ?
- Agaknya berapa nilai RM50 bila 10 tahun akan datang atau bila bersara nanti ?
- Harga barangan yg sentiasa naik menyebabkan nilai wang kita semakin susut setiap tahun.
- Keperluan keluarga menyebabkan kita memerlukan wang setiap masa.



2) Banyak cara untuk menyimpan; Saving Acct Bank, Fixed Deposit Bank, ASN, ASB, Unit Amanah, dalam almari, dll.




“Pelaburan yang bijak boleh menjadikan anda sangat kaya sekiranya anda tidak tergesa-gesa.” – Warren Buffet

MENYIMPAN MELALUI UNIT AMANAH.
1.       Apakah Unit Amanah ?
Ianya adalah satu jenis skim pelaburan kolektif yang membolehkan para pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan wang bersama-sama bagi dilabur oleh pengurus dana professional dalam satu portfolio sekuriti.
Konsepnya sama seperti ASN dimana wang di labur  ke atas harga unit yg dibeli. Ada dividen, ada penurunan & ada kenaikan harga. Namun risiko yang rendah.
2.       Kenapa Unit Amanah ?
Unit Amanah sebenarnya memberikan pulangan yang lebih berbanding simpanan yang lain. Jika dilihat di dalam propektus, ianya boleh mencecah > 15 % untuk jangka waktu tertentu.
-          Kepelbagaian pelaburan bagi minimumkan risiko
-          Pertumbuhan modal sebagai pulangan pelaburan
-          Pendedahan pelaburan kelas2kelas asset
-          Membenarkan membeli dan menjual pelaburan dengan senang dalam tempoh yang  
           pendek.
-          Hanya RM1000 sebagai pemulaan
-          Dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti
-          Member peluang melabur semula pendapatan utk mengumpul kekayaan
3.       Simpanan Melalui Unit Amanah
Ada 2 cara :
A.    Tunai (Cash) - Wang akan di laburkan dalam Unit Amanah
       ·         Keuntungan yg tinggi berbanding dividen simpanan lain
Kebaikan :
i)    Wang tunai akan sentiasa bertambah
Keburukan :
i)    Jika menyimpan untuk short term, target sukar untuk dicapai
ii)   Sesetengah orang tidak mampu untuk menyimpan secara tunai setiap bulan, setiap 3 bulan atau setiap tahun.

B.   Melalui pengeluaran KWSP (KWSP) – Pelaburan diurusniagakan terus dari Akaun 1  KWSP anda.
       ·    Dividen KWSP yg hanya sekitar 4%~5% setiap tahun tidak boleh mengatasi keuntungan Unit Amanah 10%~20%
Kebaikan :
i.    Tidak melibatkan wang tunai kerana wang tunai selalunya diperlukan untuk urusan seharian.
ii.   Mampu untuk semua penyimpan (tertakluk kepada jadual KWSP)
iii.  Melaburkan wang KWSP anda dalam produk unit amanah memberikan anda peluang memperolehi potensi pulangan yang lebih tinggi (pada tahap risiko yang boleh di terima) dalam jangka masa panjang; justeru memberikan anda potensi mengumpulkan dana yang lebih banyak untuk tujuan persaraan.

4.       Apa yg berlaku jika mencecah target 10%~20%
 Wang akan di masukkan semula ke KWSP sekiranya anda menjual semula ke  Unit  Amanah. Jumlah didalam akaun KWSP anda akan bertambah dengan pertambahan dividen tadi.
5.       Berapa banyak wang KWSP dikeluarkan ?
Hanya sejumlah tertentu dimana skim ini membenarkan ahli-ahli KWSP untuk melabur 20% sahaja daripada baki yang melebihi simpanan asas yang diperlukan dalam Akaun 1.
*Sebenarnya anda akan mendapat 2 keuntungan setahun ; dari dividen KWSP dan keuntungan Unit Amanah. Total = duit KWSP bertambah.
Anda hanya boleh dibenarkan menambah pengeluaran berkala setiap 3 bulan selepas pengeluaran pertama, dengan syarat anda layak dibawah skim ini.


6.       Berapakah charge yg dikenakan ?
Setiap pengeluaran KWSP dikenakan charge 3%. Charge ditolak dari KWSP.
Contoh :
Pengeluaran RM10,000.00
RM10,000 – (10,000/(1+3%)) = RM291.26, pelaburan ke Unit Amanah RM9708.74
7.       Adakah agen akan mengambil duit KWSP anda ?
Tidak.  Agen tidak akan dapat sama sekali duit KWSP kerana pelaburan diurusniagakan terus dari Akaun 1 KWSP anda. Hanya beberapa dokumen perlu di isi, tandatangan & cap jari untuk keselamatan.
8.       Adakah ianya selamat ?
Ya kerana dikawalselia  oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan para pelabur.
Segala pelaburan akan dinasihati oleh perunding Unit Amanah supaya pelaburan dilakukan keatas dana dijangka membuat keuntungan.


By:
Norreha Abu Said
Unit Trust Consultant
019-3149737

Source: PM

Map

free counters

Nuffnang Ads