Anak-anak berbohong..?
Sudah lumrah kita akan marah atau kesal kalau kita dapati anak kita berbohong, dan kita mungkin bimbang bahawa itu mencerminkan sifat kita. Tapi percayalah, bahawa itu biasa untuk anak prasekolah untuk berbohong atau mengarang cerita dari masa ke masa dan ibubapa yang lain juga berkongsi pengalaman yang sama. Jadi jangan bimbang jika kebenaran dari anak kita belum ada.
Selama tahap perkembangan anak kita, ia belajar menggunakan bahasa untuk membayangkan, untuk mengawal dan untuk menolak. Dia menjelajah kemahiran bahasa baru yang dijumpainya dengan menguji kesan dari kata-katanya pada orang lain. Belajar untuk berbohong adalah salah satu aspek dari perkara ini.
Bayangkan jika kita melihat anak kita menumpahkan jus nya, tapi ia mendakwa, "Saya tidak melakukannya!" Seorang anak seusia ini tentu berharap dia tidak membuatnya, dan ia tidak ingin mendapat masalah. Jangan tertumpu pada fakta bahawa dia berbohong ketika ia menyangkal kelakuannya. Sebaliknya, menumpukan pada penyelesaian masalah yang dihadapi. Beri dia tisu dan berkata, "Mari kita bersihkan jus ni." Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan dari masuk ke kancah perbalahan tentang siapa yang menumpahkan jus, dan kita mengalihkan perhatian anak kita kepada isu membersihkan kotoran jus itu.
Jika ia melakukan sesuatu yang salah dan kemudian benar-benar mengakui perkara itu, pastikan kita memujinya untuk menjadi jujur dalam situasi yang sukar. Ini merupakan taktik penting, kerana itu akan menggalakkan dia untuk berkata benar.
Untuk mengelakkan dari terus berlaku di masa hadapan, kita mestilah mulai bercakap tentang mengapa berbohong atau menipu itu adalah salah. Apabila kita menangkap anak kita berbohong, kita harus menerangkan mengapa berbohong adalah menyakitkan dan bagaimana hal itu boleh menyebabkan masalah. Perlu diketahui bahawa kita tidak perlu banyak berdialog dengan anak-anak prasekolah tetapi kita mesti banyak bercakap mengenai kebaikan berkata benar. Itu baik untuk membiasakan kita mengingati mereka dan mereka terbiasa dengan keadaan itu. Dan semestinya, cara terbaik untuk mengajar kejujuran kepada kanak-kanak, kita harus jujur pada diri sendiri dahulu.
Tetapi perlu diingatkan, ada satu-satu masa, kita mesti berfikir anak-anak bukannya berbohong jika mereka bercerita sesuatu yang tidak benar. Contohnya dia mungkin menyatakan, "Tadi Aqmar tengok ada gajah kat sekolah tadi. Gajah betul!" Yang ini tidak harus dianggap berbohong, kerana cerita mereka tidak menyakitkan hati orang lain. Bahkan, ianya sesuatu yang bijaksana untuk menggalakkan imaginasi anak prasekolah kita dengan memintanya untuk memberikan butiran lebih lanjut. Kita bahkan boleh duduk bersama dan membantu dia menggambarkan lagi imiginasi mereka. Tapi sebenarnya seronok kalau sama-sama membayangkan perkara itu, secara tak langsung memberi impak positif tentang kemahiran menajamkan pemikiran mereka.
sumber: dari berbagai sumber
No comments:
Post a Comment